Kenapa Ramai Yang Gagal Lulus Mtest?? Persoalan ini sering bermain di fikiran para calon KPLI. Tetapi masih ramai yang hanya berfikir tanpa melakukan apa-apa perubahan. Ramai yang gagal bukan hanya sekali, malah ada yang sampai 7 ke 8 kali. Apa yang masih bermain di fikiran anda??? Adakah para calon tidak berminat dengan Kpli atau kerana paksaan daripada ibubapa/pasangan masing-masing. Jawapannya mungkin Ya dan mungkin Tidak. Jika tidak, apa perubahan yang telah anda lakukan untuk diri anda?????
Cuba anda renung kembali matlamat anda untuk menjadi seorang guru...
Adakah kerana masalah berikut:
# Tiada peluang pekerjaan
# Kerja sekarang terlalu sibuk
# Gaji guru lumayan/hendak bekerja dengan sektor awam
# Guru banyak cuti(Boleh selalu bercuti..hehe)
# Senang dapat pinjaman kerana kerja kerajaan
# Boleh berniaga sambilan(sebab masa banyak..ye ke masa banyak?)
# Jalan terakhir mencari pekerjaan
Jika perkara di atas merupakan matlamat anda yang utama...anda perlu lakukan perubahan dengan serta merta. Anda mungkin boleh tipu diri sendiri tetapi anda akan gagal dalam menjawab soalan Mtest nanti...Anda masih ada masa untuk berubah kerana Mtest lambat lagi..hehe
Mungkin anda tidak percaya dengan apa yang saya katakan...Baiklah, cuba anda lihat..berapa ramai yang telah memohon untuk menduduki Mtest?? dan berapa ramai yang tidak berjaya dalam Mtest, padahal mereka mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, memegang jawatan yang besar, mempunyai PNGK yang tinggi semasa di Universiti dan kebanyakannya mempunyai kreadibiliti yang tersendiri.
Percaya atau tidak, anda perlu merubah matlamat awal anda untuk menjadi seorang guru. Sememangnya anda perlu bertindak seperti seorang guru. Bergaullah dengan guru-guru disekitar anda. Cuba berbincang dengan rakan guru di tempat anda. Mungkin di sana anda bakal bertemu dengan sebuah pencarian yang anda inginkan.
Mtest merupakan langkah awal anda yang bakal menjadi calon guru KPLI. Sekiranya anda gagal Mtest, hancurlah harapan anda untuk bergelar seorang guru.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua calon Mtest, bertindaklah segera, cuba bergaul dengan seramai guru yang ada di sekitar anda. Anda akan merasakan berlaku satu perubahan yang hebat dalam pemikiran anda ke arah bergelar seorang guru. Tetapi awas...jangan la pula anda bergaul dengan guru tetapi asyik bersembang pasal bola. Cuba bertanyakan mengenai apa yang berlaku di sekolah, dengar dan faham apa yang dibincangkan. Semakin ramai guru yang anda kenal, makin banyaklah ilmu yang bakal anda dapat.
Untuk pengetahuan para calon..anda hanya perlu fokus kepada Mtest dahulu, jangan lagi memikirkan untuk menjawab persoalan temuduga. Sekiranya anda gagal Mtest, macam mana anda boleh dipanggil temuduga? Betul tak?..hehe. Jadi, jangan peningkan kepala anda untuk mencari maklumat terkini mengenai isu semasa. Ia tidak relevan dengan Mtest yang bakal anda duduki.
Setakat itu saja untuk kali ini..berjumpa kita di lain hari.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment